Thursday, May 21, 2009

Belajar Bercakap Loghat Kelantan (Blajar Kkecek Kelate) 6


Kali ini kita belajar perkataan2 trademark Kkecek Kelate yang biasa disebut2 ramai orang ttp dgn penjelasan mendalam tentang maknanya.

1. Ddebe, gedebe
Samseng, ditakuti, digeruni
- namun tak semestinya jahat, seorang yg baik hati ttp berpewatakan digeruni juga dipanggil ddebe.

2. Bbekwoh
Kenduri
- perkataan untuk kenduri secara umum, biasanya kenduri kahwin.

3. So'oh
Rasa kurang selesa disebabkan panas
- tidak digunakan utk panas akibat cahaya matahari secara langsung, biasanya akibat ruang yg sempit @ kurang pengudaraan.

4. Ngngele (baca e taleng)
Wang yg disumbangkan kpd tuan rumah kenduri kahwin, kenduri kahwin yg mana pengunjung 'digalakkan' (baca: diwajibkan) memberi sumbangan wang - di sesetengah tempat disebut nyumbang @ salam kaut.

5. Nnate
Binatang - samada haiwan atau sbg ganti nama yg sgt kasar utk org lain.

6. Ghoyak
Beritahu.

7. Kkecek
Bercakap - perhatikan perbezaan maksud di antara no. 6 & no. 7. Ini sering disalah anggap & tertukar oleh mereka yg cuba2 @ menyamar Kkecek Kelate.

...ssambung la weh!

4 comments:

Mohamad Razif said...

Nate beghok gabo tu. Skali imbah ghupo Bush.

amirmukhtar said...

meme nnate berok bush pun

umi said...

buke so'oh tu for perut yg kekenyangan yang melampau?? ko selama ni aku saloh guno..isk isk isk

amirmukhtar said...

umi, kekenyangan melampau tu 'sekok'... another word is 'se'eh' - which is ccakap gganu actually... heheh