Monday, June 15, 2009

Belajar Bercakap Loghat Kelantan (Blajar Kkecek Kelate) 7


Berikut beberapa lagi perkataan Kelate yg biasa didengar:

1. Toksir
Tak mahu
. Namun sir saja adalah ringkasan kpd toksir, bukan bermaksud mahu.

2. Jjuruh
Bersopan
. Juga biasa digunakan utk menyindir/reverse psychology utk biadab.

3. Ggoghi
Menjadi pelanggan pertama kpd seseorang peniaga utk hari itu. Biasanya peniaga akan memberi potongan harga istimewa (kecuali peniaga yg taik idung masin!).

4. Samah
RM 0.50


5. Tigo amah
RM 1.50. Nota: Dlm Kkecek Kelate hanya ada samah & tigo amah shj, jgn gatal2 nak buat gandaan lain sendiri, terutamanya semasa tawar-menawar - buruk padahnya!

6. Gege (e taling)
Bising. Gege-gegok ('o' lembut spt dlm 'mop') = sangat bising.

and last but not least...

7. Tubik
Keluar.

No comments: