Wednesday, June 9, 2010

Teacher's Day (Belated)

Mulai bulan ini untuk kasi lebih 'masyukkk' (tak pun bila tuan punya blog ni malas nak mengarang dalam English...) sesetengah entry akan dipost dalam Bahasa Melayu/Malaysia.

Semalam aku lunch dekat 1 food court x jauh dr opis. Masa tengah makan tu 'telinga keli' aku terdengar perbualan (@ perbebelan?) 1 grup yg lunch kat sebelah aku.

Girl: Lecturer to bengong sket... bla bla bla

Guy: bla bla bla... itu namanya lecturer pemalas!

Girl: Patutnya ...bla bla bla... tp dia ngajar ...bla bla blahhh....

Huh, berdesing telinga aku mendengarnya! Selamba badak je kutuk lecturer dia.

Bukan ke lecturer = pensyarah = guru? Kalu camni maner ler nak ada berkat blajo?

Bahkan dalam al-Quran digambarkan mcm mana adab sorg anak murid kpd gurunya:

Ertinya : Berkata Khidr (selaku guru), jika kamu ingin ikutiku maka jangan kamu bertanya apa-apa sehinggalah aku menceritakannya kepadamu " (Al-Kahfi, 70)

Ditambah lak oleh Imam al-Ghazali:

Apapun yang diterangkan oleh guru semasa pengajian maka hendaklah (penuntut) mengikutinya dan meninggalkan pandangan peribadinya, kerana kesilapan sang guru lebih bermanfaat dari apa yang mungkin benarnya apa yang datang dari dirinya (penuntut)"
( Ihya 'Ulumiddin, 1/50)


Walaupun aku pun kdg2 x brp setuju @ boring dgn corak pengajaran sesetengah lecturer/guru tp xder la sampai nak ckp secara langsung yg dia 'bengong'...

Moral: Hormatilah sapa2 yg penah menurunkan ilmu kpd anda!

Selamat Hari Guru buat semua warga pendidik!

No comments: