Showing posts with label Lets Speak Kelantanese aka Kkecek Kelate. Show all posts
Showing posts with label Lets Speak Kelantanese aka Kkecek Kelate. Show all posts

Monday, June 15, 2009

Belajar Bercakap Loghat Kelantan (Blajar Kkecek Kelate) 7


Berikut beberapa lagi perkataan Kelate yg biasa didengar:

1. Toksir
Tak mahu
. Namun sir saja adalah ringkasan kpd toksir, bukan bermaksud mahu.

2. Jjuruh
Bersopan
. Juga biasa digunakan utk menyindir/reverse psychology utk biadab.

3. Ggoghi
Menjadi pelanggan pertama kpd seseorang peniaga utk hari itu. Biasanya peniaga akan memberi potongan harga istimewa (kecuali peniaga yg taik idung masin!).

4. Samah
RM 0.50


5. Tigo amah
RM 1.50. Nota: Dlm Kkecek Kelate hanya ada samah & tigo amah shj, jgn gatal2 nak buat gandaan lain sendiri, terutamanya semasa tawar-menawar - buruk padahnya!

6. Gege (e taling)
Bising. Gege-gegok ('o' lembut spt dlm 'mop') = sangat bising.

and last but not least...

7. Tubik
Keluar.

Thursday, May 21, 2009

Belajar Bercakap Loghat Kelantan (Blajar Kkecek Kelate) 6


Kali ini kita belajar perkataan2 trademark Kkecek Kelate yang biasa disebut2 ramai orang ttp dgn penjelasan mendalam tentang maknanya.

1. Ddebe, gedebe
Samseng, ditakuti, digeruni
- namun tak semestinya jahat, seorang yg baik hati ttp berpewatakan digeruni juga dipanggil ddebe.

2. Bbekwoh
Kenduri
- perkataan untuk kenduri secara umum, biasanya kenduri kahwin.

3. So'oh
Rasa kurang selesa disebabkan panas
- tidak digunakan utk panas akibat cahaya matahari secara langsung, biasanya akibat ruang yg sempit @ kurang pengudaraan.

4. Ngngele (baca e taleng)
Wang yg disumbangkan kpd tuan rumah kenduri kahwin, kenduri kahwin yg mana pengunjung 'digalakkan' (baca: diwajibkan) memberi sumbangan wang - di sesetengah tempat disebut nyumbang @ salam kaut.

5. Nnate
Binatang - samada haiwan atau sbg ganti nama yg sgt kasar utk org lain.

6. Ghoyak
Beritahu.

7. Kkecek
Bercakap - perhatikan perbezaan maksud di antara no. 6 & no. 7. Ini sering disalah anggap & tertukar oleh mereka yg cuba2 @ menyamar Kkecek Kelate.

...ssambung la weh!

Friday, April 10, 2009

Belajar Bercakap Loghat Kelantan (Blajar Kkecek Kelate) 5


Huruf-huruf Dalam Kkecek Kelate

1. Huruf "r" digantikan dgn sebutan "gh" (sebut mcm huruf 'ghain' dlm Bahasa Arab).
Ghoti = Roti

2. Huruf "l", "r", "u" pada penghujung perkataan dimansuhkan.
Basika = Basikal
Tuka = Tukar
Tunga = Tungau

3. Huruf "a" pada sukuan akhir perkataan dibaca "o".
Singo = Singa
Meghoh = Merah

Maghoh = Marah

Ghumoh = Rumah


4. Huruf "i" pada sukuan akhir perkataan disebut "ing". Tapi tak semestinya semua yg berakhir dgn "ing" adalah berakihr dgn "i" dalam Bahasa Melayu standard.
Ming = Mi
Bbunying = Berbunyi

5. Huruf "s" pada hujung perkataan disebut "h".
Bah = Bas
Tebah = Tebas
Lepah = Lepas

6. Huruf "t" pada hujung perkataan disebut "k".
Sakik = Sakit

7. Nanti cek lg, banyak rupanya...

Tuesday, March 17, 2009

Belajar Bercakap Loghat Kelantan (Blajar Kkecek Kelate) 4


Satu lagi keunikan penggunaan huruf berlapis dalam Kkecek Kelate ialah ia boleh menterbalikkan maksud keseluruhan ayat tanpa mengubah susunan perkataan dalam ayat tersebut.

Ike make kucing = Ikan makan kucing
Ike make kkucing = Ikan dimakan oleh kucing

Apa macam? Semakin konfius?

Welcome to Kelantan in peace!


Tuesday, March 10, 2009

Belajar Bercakap Loghat Kelantan (Blajar Kkecek Kelate) 3


Satu lagi penggunaan perkataan berlapis dalam Kkecek Kelate boleh membawa maksud "perlakuan yg tidak disengajakan".

Ssepak = tersepak
Ssasul = tersasul
Tteke = tertekan


Penggunaan perkataan berlapis sangat mustahak dalam Kkecek Kelate kerana:
  1. Ia boleh membawa maksud yg sgt berlainan
  2. Buleh membawa salah faham anda adalah dari Thailand
  3. Buleh menampakkan anda bukan org Kelate yg cuba menyamar jd org Kelate dan membuatkan anda ditertawakan...

Perkara 3 sangat memalukan anda & memalukan rakyat Kelate jika anda seorang pelakon yg bukan berketurunan Kelate tp melakonkan watak org Kelate dlm kaca TV.

Sila rujuk drama "Akedemi Polis" di TV9 setiap Rabu untuk melihat contoh penyamaran.. eh silap, "lakonan org Kelate" yg membuatkan penulis cukup menyampah!



Monday, March 2, 2009

Belajar Bercakap Loghat Kelantan (Blajar Kkecek Kelate) 2


Kkecek Kelate

Perhatikan ulangan pada huruf 'k' dalam 'Kkecek Kelate' di atas.

Banyak perkataan dlm loghat kelate mempunyai sebutan berulang bagi huruf pertamanya.
Perkataan ini disebut berulang sama seperti baris 'tasydid' @ 'sabdu' dalam Bahasa Arab.

Perkataan2 ini biasanya adalah:
i) kata nama terbitan drpd kata kerja, atau
ii) sebaliknya (kata kerja drpd kata nama), ataupun
iii) menghala ke sesuatu tempat.

Bg (i) & (ii) bolehlah dianggap spt 'masdar' dlm pengajian Bahasa Arab atau perkataan dgn '-ion' dlm Bahasa Inggeris.
Arab: kataba (tulis) - maktab (tmpt menulis)
English: pronounce (sebut) - pronounciation (sebutan)
Kelate: i) sapuh (sapu) - nynyapuh (penyapu)
colek (cicah) - ccolek (pencicah)
ii) basuh (basuh/cuci) - bbasuh (membasuh/mencuci)
nanoh (nanah) - nnanoh (bernanah)

Bg (iii), ia adalah unik utk kkecek kelate shj.
Cth: Kedoh (Kedah) - KKedoh (Ke Kedah)
Keda (kedai) - Kkeda (Ke kedai)

Namun, kdg2 penggunaan sebutan berlapis ini boleh membawa kpd makna yg sgt berlainan.
Cth: Kecek (Bodek) - Kkecek (Bercakap @ percakapan)

Kesimpulan:
Susah lah sikit sbb takde grammar yg khusus utk sebutan berlapis dlm Kkecek Kelate... tp mcm tulah serba sikit. Nak tau lebih lanjut, kahwinlah dgn Mek Kelate & menetaplah di Kelate & makanlah budu bnyk2!

Thursday, February 26, 2009

Belajar Bercakap Loghat Kelantan (Blajar Kkecek Kelate) 1


Untuk menjadikan pengajian ini lebih berkesan & 'menusuk kalbu', semua entry Belajar Loghat Kelantan akan ditulis dalam Bahasa Melayu.

Bahasa Melayu Loghat Kelantan = Kkecek Kelate

Kkecek Kelate adalah 'lingua franca' untuk seluruh negeri Kelantan Darul Naim termasuklah kawasan2 yg bersempadan dgnnya. Ini meliputi Negeri Terengganu (daerah Besut & Setiu) & Pahang (Merapoh & sebhgn kecil Lipis).

Negeri Perak tak masuk sbb sempadan Perak-Kelantan adalah hutan tebal & sgt sedikit penduduknya, namun jika gajah & harimau boleh berbicara nescaya mereka juga akan Kkecek Kelate. Bahasa yg seakan2 sama juga dipertuturkan di selatan Thai disbbkan tali persaudaraan yg erat antara Kelantan dgn Selatan Thai bahkan sesetangah pihak beranggapan penduduk Melayu selatan Thai turut Kkecek Kelate.

Tatabahasa:
Senang sahaja - semua perkataan Bahasa Melayu yang berakhir dgn sukuan 'an', 'ang' & 'am' ditukarkan kepada 'e' (e taling, yg digunakan dlm sebutan 'merah', 'Perak' & 'berak').
Kelantan - Kelate
kawasan - kawase
hutan - hute

senang - sene
putu mayam - putu maye


bersambung...